Details
Penerangan
Siri ROCKWOOL Cool 'n' Comfort direka khas untuk bumbung logam lapisan tunggal atau dua lapisan, dengan atau tanpa tingkap langit (skylight), bagi memenuhi keperluan nilai-U untuk mencapai nilai Roof Thermal Transmittance Value (RTTV) yang dikehendaki.
Produk ini juga ditawarkan dengan salutan penghalang sinaran (radiant barrier facing) untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis bumbung di bangunan komersial dan industri.
Cool 'n' Comfort sangat berkesan dalam mengurangkan penyerapan haba suria melalui bumbung bagi bangunan tanpa penghawa dingin. Untuk bangunan yang menggunakan penghawa dingin, ia membantu menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos tenaga.
Ciri-ciri unik Cool 'n' Comfort menyumbang kepada sistem bumbung yang cekap tenaga, lestari alam sekitar, dan selamat daripada kebakaran – sekali gus mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih sejuk, selesa dan selamat.
Aplikasi
1. Bumbung Logam Lapisan Tunggal (Single Skin Metal Roof)
-
Terdiri daripada satu lapisan kepingan logam.
-
Penebat haba dipasang di bawah kepingan logam.
-
Disokong oleh jaring dawai keluli penguat dan foil aluminium yang dililit di atas purline.
-
Pilihan bumbung kos efektif, sesuai untuk kebanyakan bangunan industri.
-
Penebat yang disyorkan:
Cool 'n' Comfort RL Series-
Penebat haba ringan dan tidah mudah terbakar.
-
Sesuai untuk sistem bumbung lapisan tunggal.
-
2. Bumbung Logam Dua Lapisan (Double Skin Metal Roof)
-
Sistem berprestasi tinggi dengan:
-
Lapisan Atas: Kepingan logam berbentuk trapezoidal atau profil standing seam yang menarik.
-
Lapisan bawah: Dulang logam trapezoidal.
-
-
Kedua-dua lapisan dipasang menggunakan z purline.
-
Ruang di antara lapisan digunakan untuk:
-
Pemasangan penebat haba.
-
Pemasangan lapisan penghalang wap.
-
-
Penebat yang disyorkan:
Cool 'n' Comfort SL Series-
Penebat batu (stone wool).
-
Meningkatkan kecekapan penebat haba, prestasi akustik, dan perlindungan kebakaran.
-
Berbentuk papak separa tegar (semi-rigid slab).
-
Ditawarkan dalam pelbagai saiz untuk:
-
Pemasangan mudah.
-
Padanan sempurna antara purline.
-
-
Ciri Tahan Air
Siri Cool 'n' Comfort diformulasikan khas dengan salutan penghalau air silikon pada setiap serat batu. Salutan khas ini membolehkan produk menolak air hujan yang bersentuhan dengannya, sambil mengekalkan prestasi haba dan akustik yang cemerlang walaupun selepas terdedah kepada air.
Memandangkan produk ini biasa digunakan di luar bangunan semasa pemasangan, salutan penghalau air ini ditawarkan sebagai ciri standard dalam semua produk.
Julat Produk & Pembungkusan
Cool 'n' Comfort tersedia dalam bentuk selimut (blanket) atau papak (slab) untuk disesuaikan dengan pelbagai reka bentuk bumbung logam dan keperluan pemasangan.
Dibungkus dalam plastik polietilena (shrink-wrapped) untuk memudahkan pengendalian, pengangkutan dan penyimpanan.
Julat produk dalam bentuk gulungan mampat membantu mengurangkan saiz penyimpanan berbanding selimut lipat dan menjimat kos gudang.
Jenis Salutan ('Facings')
Siri Cool 'n' Comfort tersedia dalam bentuk produk kosong (plain) dan turut ditawarkan dengan pilihan salutan seperti foil aluminium (foil facing) atau tisu kaca (glass tissue) sama ada di sebelah satu atau kedua-dua belah permukaan.
Pematuhan Piawaian
-
Malaysian Standard, MS1525 (Code of Practice on Energy Efficiency and Use of Renewable Energy for Non-Residential Buildings)
-
Singapore BCA Green Mark for Residential and Non-Residential (version 4.0)
Parameter Teknikal
Pekali Serapan Bunyi Mengikut Jalur Oktav (Ketebalan 50mm)
View more about Rock Wool | Cool 'n' Comfort Series on main site