Details
Penerangan
-
Astino Spandec 680 merupakan salah satu profil bumbung dan dinding yang paling popular serta bergaya di pasaran. Dengan penampilan visual yang menarik dan bentuk profil yang tegas, Spandec mendapat sambutan segera dalam pasaran semasa sebagai penyelesaian yang menarik untuk aplikasi komersial, industri dan kediaman.
-
Ciri utama profil ini ialah lengkungan semula jadi (natural sprung curve). Jejari lengkungan minimum bagi struktur keluli ialah 18 meter. Profil berbentuk trapezoid dengan sembilan rusuk ini tersedia dalam pelbagai jenis salutan seperti Aluzinc, keluli tergalvani atau berwarna.
-
Astino Spandec 680 disertakan dengan jaminan terhadap prestasi salutan, ketahanan kakisan dan integriti substrat yang mampu menahan kesan cuaca serta peredaran masa.
.png)
.png)
View more about ASTINO Spandec 680 on main site