Corkjoint XB 75mm / 100mm | PVC Waterstops
Specifications
Details
XB WATERSTOP
Penerangan
CORKJOINT® XB PVC Waterstop ialah profil khas yang direka untuk digunakan dalam sambungan pengembangan atau pengasingan dalam konkrit, terutamanya apabila profil PVC waterstop tradisional tidak boleh dipasang disebabkan oleh halangan daripada batang tetulang (reinforcement bars). XB PVC Waterstop hanya boleh dipasang pada sambungan pengembangan/pengasingan dengan lebar antara 10mm hingga 25mm.
.png)
Kegunaan
-
Sambungan pengembangan/pengasingan dalam konkrit di mana tetulang tidak membenarkan penggunaan profil PVC waterstop jenis tradisional yang lebih lebar
-
Sambungan pengembangan antara rasuk berganda (double beam)
-
Sambungan pengembangan/pengasingan antara papak podium dan bangunan
-
Sambungan pengembangan antara papak dan tiang
-
Papak & papak tergantung yang mempunyai rasuk berganda & tiang
Kelebihan
-
Mampu menghentikan kebocoran air pada sambungan di mana profil PVC waterstop tradisional tidak boleh dipasang disebabkan oleh reka bentuk dan kelebarannya yang tidak sesuai
-
Direka bentuk secara inovatif untuk menampung pergerakan besar dalam sambungan pengembangan/pengasingan
-
Mampu menampung pergerakan longitudinal, lateral dan perbezaan aras dalam sambungan pengembangan/pengasingan
-
Diperbuat daripada bahan PVC tulen berkualiti tinggi (rujuk spesifikasi bahan), memberikan keutuhan dan ketahanan jangka panjang. Tidak menggunakan sisa atau PVC kitar semula
-
Menghalang kemasukan air di sambungan dan membolehkan pengembangan dan pengecutan secara bebas akibat perubahan suhu serta beban servis dalam struktur
-
Mudah dipasang
Aplikasi
.png)
Warna
-
Oren
Pembungkusan
-
75mm (Lebar) x 10m (Panjang)
-
100mm (Lebar) x 10m (Panjang)
View more about Corkjoint XB 75mm / 100mm | PVC Waterstops on main site
