Davco Davelastic 98 | Aditif untuk Campuran Simen-Pasir dan Pelekat Jubin Berasaskan Simen
Specifications
Details
ADITIF UNTUK CAMPURAN SIMEN-PASIR DAN PELEKAT JUBIN BERASASKAN SIMEN
Penerangan
Davco Davelastic 98 ialah aditif polimer fleksibel yang direka untuk digunakan bersama pelekat jubin berasaskan simen keluaran Davco. Ia sesuai untuk pemasangan jubin seramik, marmar dan batu semula jadi pada konkrit, lepa simen, dinding bata berlepa atau di atas jubin sedia ada.
Kegunaan
-
Apabila dicampur dengan pelekat jubin berasaskan simen Davco, ia boleh digunakan untuk memasang jubin seramik, bata turap, marmar, batu loh dan batu semula jadi pada konkrit, lepa simen, blok simen, dinding bata berlepa atau di atas jubin sedia ada, termasuk di kawasan basah seperti bilik air, dapur, kolam renang dan spa.
-
Apabila dicampur dengan simen tulen dan pasir, ia boleh digunakan sebagai campuran ikatan (bonding slurry) untuk kerja-kerja lepa simen di atas permukaan konkrit yang tidak sekata.
Ciri-ciri & Kelebihan
-
Meningkatkan kekuatan ikatan ricih – apabila ditambah ke dalam pelekat jubin berasaskan simen Davco
-
Meningkatkan kekuatan alas jubin – terutama untuk batu berat dan jubin bersaiz besar
-
Meningkatkan keanjalan sistem pelekat untuk menampung pergerakan
-
Meningkatkan kekuatan ikatan lepa / skreed pada substrat bersimen – apabila digunakan sebagai campuran ikatan
Pembungkusan
-
4 liter / tong
-
20 liter / tong
-
200 liter / dram
View more about Davco Davelastic 98 | Aditif untuk Campuran Simen-Pasir dan Pelekat Jubin Berasaskan Simen on main site