Pentens Top 1 | Penguat Keras Lantai Tanpa Logam

Pentens Top 1 | Penguat Keras Lantai Tanpa Logam

Category: PentensCement

Specifications
Details

PENGUAT KERAS LANTAI TANPA LOGAM


 

Penerangan


PENTENS TOP 1 adalah bahan pempekat lantai jenis sedia guna berbentuk serbuk kering (dry shake), bukan logam yang terdiri daripada simen dan agregat keras berasaskan mineral. Zarah-zarah yang digunakan telah dipilih berdasarkan bentuk, gred, serta kualiti fizikal dan mekanikal yang tinggi. Kebolehkerjaan dan kohesif PENTENS TOP 1 memudahkan aplikasi sebagai lapisan permukaan yang tahan lama pada konkrit dan mortar yang baru disalut.

Kegunaan


PENTENS TOP 1 sesuai untuk lantai yang terdedah kepada kehausan mekanikal yang tinggi, seperti:

  • Tempat letak kereta

  • Bengkel kejuruteraan

  • Gudang

  • Jeti

  • Stesen servis / kilang

  • Garaj

  • Tapak pemunggahan



 

Kelebihan


  • Ketahanan haus maksimum dan ciri anti-impak

  • Kekuatan lekatan unggul

  • Tidak berkarat

  • Pilihan warna tersedia

  • Kadar penyerapan air yang rendah

  • Permukaan padat dengan ketahanan tambahan terhadap minyak dan gris

  • Meningkatkan daya cengkaman / skid resistance




Warna


  • Semulajadi

  • Merah Coklat

  • Hijau Muda

  • Hijau Gelap


 

Pembungkusan


  • 25kg / beg

View more about Pentens Top 1 | Penguat Keras Lantai Tanpa Logam on main site