Details
Penerangan
-
Astino Superior Rib PU Metal merupakan inovasi revolusioner dalam sistem bumbung dengan kecekapan terma yang luar biasa. Ia dihasilkan di kilang dengan membondingkan buih Poliuretana (PU) Tegas Bebas-CFC di antara lapisan luar dan dalam kepingan bumbung logam berprofil.
-
Panel bumbung logam berpenebat ini memberikan rintangan haba yang cemerlang, penyerapan bunyi yang baik, serta kestabilan mekanikal dan dimensi struktur bumbung. Hasil keseluruhannya ialah sistem bumbung yang mengekalkan kesejukan dalam bangunan sepanjang hari dengan penjimatan tenaga elektrik yang ketara.
-
Astino Superior Rib PU Metal menghapuskan keperluan proses pembinaan berganda dalam pemasangan penebat dan kepingan bumbung dengan menjadikannya satu proses pemasangan yang pantas dan mudah. Ini membawa kepada pengurangan besar dalam kos pembinaan dari segi penggunaan buruh, pengangkutan, penyimpanan dan kos pembelian.
-
Bahan ini juga kalis air dan tidak mudah rosak akibat air hujan. Astino Superior Rib PU Metal juga tahan asap. Warna putih pada laminasi dalaman meningkatkan pantulan cahaya, ketahanan dan memerlukan penyelenggaraan yang minimum.
.png)
.png)
.png)
.png)
View more about ASTINO Superior Rib PU Metal on main site