Sikadur 52 MY | Resin Suntikan Viskositi Rendah
Specifications
Details
RESIN SUNTIKAN VISKOSITI RENDAH
Penerangan
Sikadur-52 MY adalah resin suntikan dua komponen tanpa pelarut, cecair viskositi rendah yang berasaskan resin epoksi berkeuatan tinggi.
-
Tanpa pelarut
-
Sesuai untuk keadaan kering dan lembap
-
Pengerasan tanpa pengecutan
Kegunaan
Sebagai resin suntikan dengan daya lekatan yang baik pada konkrit, mortir, batu, keluli dan kayu, Sikadur-52 MY digunakan untuk mengisi dan menutup kekosongan serta retakan pada struktur seperti jambatan dan bangunan kejuruteraan awam lain, bangunan industri dan kediaman, seperti tiang, rasuk, asas, dinding, lantai dan struktur penahan air. Ia bukan sahaja membentuk penghalang yang berkesan terhadap penembusan air dan bahan yang menggalakkan kakisan, tetapi juga mengikat bahagian konkrit secara struktur.
Ciri-ciri & Kelebihan
-
Tanpa pelarut
-
Sesuai untuk keadaan kering dan lembap
-
Pengerasan tanpa pengecutan
-
Kekuatan mekanikal dan lekatan yang tinggi
-
Keras tetapi tidak rapuh
-
Viskositi rendah
-
Boleh disuntik dengan pam komponen tunggal
Warna
-
Bahagian A: Telus
-
Bahagian B: Coklat muda
-
Bahagian A + B: Coklat muda
Pembungkusan
-
2 kg / set
-
15 kg / set
View more about Sikadur 52 MY | Resin Suntikan Viskositi Rendah on main site